Tottenham Hotspur Bekerjasama dengan Platform Perdagangan Dalam Talian Global AIMS



MELBOURNE, AUSTRALIA - EQS Newswire - 19 September 2024 - Tottenham Hotspur hari ini mengumumkan kerjasama baharu selama beberapa tahun dengan AIMS, sebuah broker perdagangan global terkemuka, untuk menjadi Rakan Perdagangan Dalam Talian Rasmi Kelab tersebut.

FINAL

Kerjasama ini akan menyaksikan AIMS berinteraksi dengan pangkalan peminat global Kelab melalui pelbagai kempen digital dan media sosial. Pelancaran rasmi telah diadakan di Stadium Tottenham Hotspur di London pada 13 September, dengan kehadiran wakil-wakil dari AIMS dan Tottenham Hotspur untuk meraikan kolaborasi baharu ini.

Ryan Norys, Ketua Pegawai Hasil di Tottenham Hotspur, berkata:

"Kami amat teruja untuk menyambut AIMS sebagai Rakan Perdagangan Dalam Talian Rasmi kami. Dedikasi mereka terhadap inovasi dan kecemerlangan seiring dengan nilai-nilai Kelab kami. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dalam menyampaikan kandungan yang menarik dan berkait rapat dengan penyokong kami di seluruh dunia."

Aaron Chang, CEO AIMS Group, berkata:

"Kami bersemangat untuk bekerjasama dengan Tottenham Hotspur, sebuah kelab yang berkongsi nilai-nilai yang sama seperti AIMS, termasuk bercita-cita tinggi, berintegriti dan kecemerlangan. Kerjasama ini bukan sekadar penjajaran jenama sahaja; namun turut membina hubungan yang bermakna dengan peminat bola sepak serta komuniti perdagangan di sekitar dunia. Kami berharap kerjasama ini akan berjaya mendorong pertumbuhan dan kejayaan bersama."

AIMS ditubuhkan pada tahun 2015, dan berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian kewangan inovatif kepada pelanggan di seluruh dunia. Dengan fokus utuh terhadap integriti dan kejayaan pelanggan, AIMS menawarkan pelbagai perkhidmatan perdagangan yang komprehensif bagi memenuhi keperluan pelabur individu dan institusi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi AIMS atau ikuti AIMS di Facebook, Instagram dan LinkedIn.



Hashtag: #AIMS

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
SOURCE:

AIMS

CATEGORY:

Business

READ IN:

English, Japanese

PUBLISHED ON:

19 Sep 2024 11:30am

Past Press Releases

MORE
#Business #Finance

25 February 2025 8:45pm HKT

Alexis Mac Allister è il nuovo ambasciatore del marchio Jeton

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW