Shopee Perkasa 900 Ahli Affiliate, Pacu Trend Membeli-Belah Ramadan Raya 2025
Shopee House: Rumah Terbuka Shopee perkenalkan inisiatif baharu untuk pertumbuhan jenama dan affiliate
KUALA LUMPUR, MALAYSIA -
Media OutReach Newswire - 25 Februari 2025
- Shopee menghubungkan lebih 30 jenama dan 900 rakan Shopee Affiliate menerusi
Shopee House: Rumah Terbuka Shopee, acara eksklusif yang memperkukuh kerjasama menjelang musim Ramadan dan Raya 2025. Bertempat di The Yard, Sentul Depot, acara ini berfungsi sebagai hab rangkaian yang membolehkan affiliate dan jenama berhubung, bekerjasama, dan berkembang bersama. Menjelang ulang tahun ke-10 Shopee, inisiatif ini mengukuhkan komitmen Shopee dalam menyokong perniagaan tempatan dan memperkasa pencipta kandungan digital.
Khairul Aming dan Iman Kamil menginspirasi Shopee Affiliates dengan tip berharga dalam penciptaan kandungan semasa sesi perkongsian eksklusif di Shopee House
Selain insentif dan teknologi, Shopee menekankan peranan kolaborasi dan komuniti dalam membentuk kejayaan ahli affiliate. Di Shopee House, ahli
affiliate berpeluang mencuba produk baharu dan terlaris daripada jenama pilihan serta bekerjasama dalam mengetengahkan produk melalui ulasan autentik dan bermakna di reruai jenama. Acara ini turut menampilkan Sesi Padanan Livestream Jenama-Affiliate, di mana Shopee Affiliate terkemuka membantu meningkatkan kesedaran jenama dan keterlihatan produk dalam kalangan pengikut mereka – mengukuhkan lagi kerjasama menjelang Ramadan Raya 2025.
"Sebagai tanda pencapaian 10 tahun Shopee, komitmen kami dalam memperkasa ahli affiliate dengan alatan perniagaan dan peluang untuk mencapai kejayaan kekal teguh. Tahun ini, kami memperkenalkan inisiatif strategik seperti Livestream Ads Incentives dan Content Creator Club bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan dan mengoptimumkan strategi penglibatan mereka. Program-program ini direka untuk menyediakan pandangan, sumber, dan insentif yang diperlukan bagi mempercepat pertumbuhan serta meningkatkan impak mereka dalam dunia e-dagang digital," kata
Tan Ming Kit,Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.
Perdagangan berasaskan kandungan kini mentransformasikan tingkah laku pengguna dengan program Shopee Affiliate memainkan peranan penting dalam menghubungkan jenama dan pembeli melalui kandungan yang menarik dan informatif. Jumlah pesanan yang dipacu oleh affiliate meningkat sebanyak 81% pada tahun 2024 berbanding tahun lalu yang menunjukkan kepercayaan yang semakin meningkat terhadap pengalaman membeli-belah berdasarkan dorongan ahli
affiliateyang menggunakan teknologi strim langsung dan video dagang Shopee. Dengan permintaan semakin tinggi terhadap membeli-belah secara interaktif, pesanan Shopee Live melonjak sebanyak 248% dalam tempoh yang sama – membuktikan kepentingan pencipta kandungan dalam ekonomi digital hari ini.
Menonjolkan lagi kuasa komuniti dalam memacu kejayaan ahli affiliate, Shopee House menonjolkan Shopee Affiliate sebagai suara kreatif yang merapatkan hubungan antara jenama dan pengguna menerusi Shopee Live. Para hadirin memperoleh ilmu berharga mengenai trend pemasaran
affiliate serta menyertai sesi perkongsian ilmu bersama pencipta kandungan terkemuka, Khairul Aming dan Iman Kamil. Acara ini berfungsi sebagai platform bagi ahli
affiliate baharu dan berpengalaman untuk mengasah strategi mereka, bertukar idea, dan meningkatkan impak dalam landskap e-dagang digital yang sentiasa berkembang.
"Penstriman langsung mungkin mencabar pada awalnya, tetapi dengan komuniti dan sokongan yang kukuh, sesiapa sahaja boleh berjaya. Program Shopee Affiliate membuka peluang untuk belajar, berhubung, dan membina keyakinan. Mulakan kecil, kekal autentik, dan teruskan meneroka." kongsi
Khairul Aming, ahli Shopee Affiliate & pempengaruh terkemuka.
"Meluaskan capaian kandungan bukan sekadar tentang algoritma, tetapi juga membina hubungan. Shopee House memberi ruang untuk berinteraksi dengan jenama dan menemui peluang baharu. Dengan Program Shopee Affiliate, pencipta kandungan boleh pupuk minat menjadi pendapatan. Kekalkan konsistensi dan keaslian." kata Iman Kamil, ahli Shopee Affiliate & pencipta kandungan.
Ahli-ahli Shopee Affiliate juga berpeluang berinteraksi secara langsung dengan pelbagai jenama terkenal Malaysia di Shopee House, termasuk: 3CE, 888 Tea & Coffee, Anyson Wear, Beauty of Joseon, Cosmoderm, Dazzle Me, Deli, Dr. Cardin, Gaias, Kérastase, Kiehl's, KM Fashion, Kun Official, La Roche-Posay, L'Oréal Paris, Masdora, Mono Digital, My Ballerine, Ozel Jewellery, Pazze, Polo Hill, Skinmade, SKUSH Perfume, SweetLab, The Pastels Shop, The Raw Skin, Tracey, UNIQ, Wardah, Y.O.U, dan ZUS Coffee. Jenama-jenama ini menunjukkan komitmen mereka terhadap pemasaran
affiliate sebagai pemacu utama pertumbuhan e-dagang.
Dalam usaha Shopee menyokong bakat tempatan dalam ruang digital, platform ini secara rasminya mengumumkan
kumpulan popular De Fam sebagai duta kempen Ramadan Raya 2025. Trio ini akan mengambil alih akaun rasmi Shopee Mamak untuk sesi strim langsung pada 10 Mac jam 8.30 malam, di mana mereka akan berinteraksi dengan peminat, mengacarakan rancangan permainan interaktif, serta berkongsi kandungan bermakna sepanjang Ramadan.
Shopee House adalah platform utama bagi ahli
affiliate baharu dan yang berpengalaman untuk meluaskan kecapaian, bekerjasama dengan jenama terkemuka, dan memanfaatkan potensi e-dagang strim langsung. Dengan menggalakkan hubungan bermakna serta menyediakan sokongan yang tepat, Shopee memastikan pencipta kandungan dapat berkembang dalam dunia e-dagang digital yang pesat membangun.
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.