Raikan Ramadan Bersama Shopee dengan Tawaran dan Ganjaran Hebat
Nikmati 90% Diskaun Dijamin Harga Terendah, Penghantaran Percuma, 100 Juta Syiling Ramadan Percuma dan hiburan eksklusif di Shopee Live
KUALA LUMPUR, MALAYSIA -
Media OutReach Newswire - 21 Februari 2025 - Bersiap sedia untuk musim Ramadan dan Raya dengan kempen
Ramadan Bersama Shopee, yang kini sedang berlangsung sehingga 12 Mac 2025! Nikmati
90% Diskaun Dijamin Harga Terendah buat jenama-jenama seperti B.S.B, Dessini, Glad2Glow, HAYĀ, Signature Market, Simplus, SKINTIFIC, Sunquick, Vanish, dan Vinda—sesuai untuk keperluan sahur dan iftar, menaik taraf rumah, serta produk kecantikan.
Ramadan Bersama Shopee
Selain itu, nikmati baucar
Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum setiap hari pada 12 tengah malam dari 10 Februari hingga 2 Mac, serta Baucar Penghantaran Percuma dengan perbelanjaan minimum RM15 pada jam 5 pagi dari 3 hingga 30 Mac. Beli sekarang dan nikmati penghantaran tanpa kerumitan!
Pada Ramadan tahun ini, sama ada ingin bergaya dengan fesyen Raya 2025 terkini, mencari barangan kecantikan dan penjagaan kulit terbaik, atau memburu tawaran hebat, Shopee ada segalanya:
12PM Fashion & Beauty Hours: Nikmati tawaran fesyen dan kecantikan sepanjang hari dengan lebih banyak Baucar Penghantaran Percuma dari jam 12 tengah hari hingga jam 2 petang! Jangan lepaskan baucar eksklusif Shopee Live termasuk diskaun 80% dan 95% untuk semua pesanan Shopee Live!
8PM Shopee Live Hours: Saksikan strim langsung kegemaran dan tebus Baucar Diskaun 90% Strim Langsung berserta baucar diskaun 95%. Baucar-baucar ini akan dilancarkan setiap hari pada jam 8 malam, jadi tetapkan peringatan supaya tidak terlepas peluang keemasan ini.
Tawaran Knockout RM10 Ramadan/Raya: Buat yang mencari barangan mewah pada harga yang berbaloi, hanya perlu tambahkan produk yang diingini sekarang dan
'checkout' pada jam 8 malam pada 24 Februari, dan pada jam 12 tengah malam, jam 12 tengah hari, dan jam 8 malam pada 25 Februari untuk berpeluang mendapatkan produk dari Dreame, Gaabor, KitchenZ, Masdora, Siti Khadijah, Zoe Arissa, dan banyak lagi hanya dari RM10!
12AM Mega Midnight Madness: Khas buat si 'night owl'! Nikmati kejutan tanpa henti setiap 10 minit bermula jam 12 tengah malam pada 25 Februari! Tebus dan gunakan baucar dengan diskaun hebat serta-merta, menang Syiling Shopee sebanyak mungkin dengan Tap & Win, dan nikmati tawaran menarik dari Exclusive Discounts, Knockout Deals, Shopee Choice, dan banyak lagi!
Bukan itu sahaja! Shopee Live membawakan barisan program strim langsung menarik khas sepanjang Ramadan. Nikmati rancangan permainan, program masakan, dan episod pembelajaran Al-Quran bermula 4 Mac:
Sampul Raya Shopee!: Menangi sehingga 18 juta Syiling Shopee dan hadiah eksklusif setiap hari dari 10 hingga 28 Mac pada jam 8.30 malam, dengan siaran istimewa pada 12 tengah hari pada 10, 15, 19 & 25 Mac untuk lebih banyak peluang untuk menang! Tonton saluran strim langsung rasmi Shopee Mamak, ambil 'kata kunci hari ini', dan hantar bersama
username ke nombor WhatsApp yang dipaparkan. Seorang penonton bertuah akan berpeluang memilih satu daripada enam Sampul Raya, dan berpeluang memenangi hadiah utama 1,000,000 Syiling Shopee (bernilai RM10,000)!
Tazkirah Shopee: Dapatkan ilmu dan inspirasi daripada perbincangan mendalam bersama Ustaz Zarifi Daud, Ustazah Isfadiah, dan Waheeda Wasini. Semoga sesi penuh hikmah ini membawa makna lebih mendalam Ramdan ini.
Mari Mengaji: Sertai Da'i Luqman dalam sesi bacaan, terjemahan, dan tafsiran ayat suci Al-Quran. Selami kisah di sebalik setiap surah dan eratkan hubungan dengan Al-Quran.
Menu Iftar: Nikmati persiapan hidangan lazat sesuai untuk Buka Puasa! Siri istimewa ini menampilkan hos jemputan terkenal seperti Khairul Aming dan Syifa Jamil yang membawakan resipi serta inspirasi masakan untuk menyempurnakan juadah buka puasa.
Lebih istimewa, Shopee dengan bangganya mempersembahkan De Fam sebagai duta kempen Ramadan Bersama Shopee! Saksikan trio hebat, Azira Shafinaz, Cik Manggis, dan Sophia Liana di Shopee Live pada 10 Mac jam 8.30 malam untuk malam penuh keseronokan dengan rancangan permain berinteraktif, hadiah menarik, dan tawaran eksklusif Ramadan!
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.