Komuniti Global Bigo Live Menandakan Satu Tahun Berpengaruh di Gala Tahunan



Dengan kehadiran lebih dari 1,000 tetamu, gala tahun ini menekankan komitmen syarikat untuk mempromosi kreativiti dan inovasi, memberikan pencipta kandungan dan penonton satu pengalaman yang kaya dan pelbagai.

SINGAPURA - Media OutReach Newswire - 22 Januari 2025 - Bigo Live, sebuah platform penstriman sosial secara langsung global terkemuka, amat teruja untuk mengumumkan kembalinya BIGO Awards Gala yang amat dinanti-nantikan, yang kini berada dalam edisi keenamnya. Dengan tema "LIVE YOUR OASIS", acara ini meraikan kreativiti, komuniti, dan kemampanan sekaligus memupuk satu ekosistem digital yang selamat dan berinovatif. Berlangsung pada Januari 24, 2025, di Sands Theatre, Marina Bay Sands, yang cukup ikonik di Singapura, gala ini kembali semula ke kota di mana Bigo Live diasaskan.

BIGO Awards Gala 2025
BIGO Awards Gala 2025

Dengan lebih dari 1,000 peserta dari seluruh pelusuk dunia, gala ini akan memberi penghormatan kepada pencipta kandungan yang cemerlang dalam kategori seperti "Most Uplifting Livestream" dan "Global Community Builder". Pemenang akan menerima trofi, ganjaran dalam-app, dan pengiktirafan papan iklan di lokasi-lokasi ikonik. Penonton juga boleh sertai sambutan ini dengan mengundi pencipta kandungan kegemaran mereka secara langsung, ini mencerminkan penekanan komitmen Bigo Live terhadap keterangkuman dan penglibatan komuniti.

Bigo Live meneruskan usaha untuk memperkasakan pencipta kandungan dengan alatan dan sumber untuk menghasilkan kandungan berimpak tinggi dan meningkatkan tahap polisi Kandungan Dijana-Penggunanya (UGC - User Generated Content). Dengan adanya pengesahan strim peribadi yang lebih ketat, amalan moderasi terkini, dan garis panduan kandungan yang dilokalisasikan, ini akan memastikan satu persekitaran digital yang selamat dan diperkayakan untuk aktiviti kreativiti dan jalinan hubungan yang lebih bermakna.

Acara tahun ini juga bersifat neutral karbon, menandakan langkah penting ke arah tanggungjawab alam sekitar. Dengan mengukur pelepasan dari bahan, pengangkutan, dan penggunaan tenaga—serta mengimbangi kredit karbon—gala ini menetapkan penanda aras baru untuk amalan lestari dalam ruang digital.

"BIGO Awards Gala 2025 adalah satu sambutan yang meraikan komuniti global yang bersemangat yang menjadikan Bigo Live begitu unik sekali," kata jurucakap dari Bigo Live. "Kami kembali semula ke Singapura tahun ini, bukan sekadar untuk memberi penghormatan kepada bakat-bakat yang luarbiasa tetapi juga menegaskan semula komitmen kami untuk mencipta sebuah oasis digital yang selamat, inklusif, dan mampan, di mana kreativiti dan jalinan hubungan berkembang maju."

Dihoskan oleh pelakon Singapura Vernetta Lopez bersama pelawak Rishi Budhrani, acara malam ini akan menampilkan persembahan daripada 35 artis antarabangsa merentasi genre seperti pop, opera, hip-hop, dan tarian, bersama dengan akrobatik dan persembahan EDM yang mengagumkan.

Penstriman secara langsung terus merevolusikan lanskap media sosial. Sejak pelancarannya pada tahun 2016, Bigo Live telah menduduki barisan hadapan dalam memperkasakan pencipta kandungan dan mendapat ranking sebagai platform penstriman secara langsung ke-7 paling popular di seluruh dunia (Stream Hatchet, Q4 2024). Dengan alatan seperti Virtual Live dan insentif yang diperibadikan, platform ini memupuk satu ekosistem yang berkembang pesat bagi kedua-dua pencipta kandungan dan penonton.

BIGO Awards Gala 2025 akan disiarkan secara langsung di saluran Music Livehouse Bigo Live (Bigo ID: music) melalui aplikasi Bigo Live. Ciri-ciri berinteraktif, termasuk perbualan langsung dan cabutan bertuah, akan meningkatkan lagi pengalaman bagi penonton global dan menjadikan komuniti lebih terlibat.

  • Tarikh: Januari 24, 2025
  • Karpet Merah: 3 PM (GMT+8)
  • Gala Bermula: 7 PM (GMT+8)
Ikuti Bigo Live di Facebook dan Instagram untuk berita terkini, dan sertai kami dalam meraikan kuasa transformatif penstriman secara langsung.





Hashtag: #BIGO #BIGOAwardsGala

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Bigo Live
Bigo Live
Bigo Live merupakan salah satu daripada komuniti sosial penstriman langsung yang paling cepat berkembang di dunia di mana pengguna membuat siaran mereka dalam masa sebenar untuk berkongsi detik-detik kehidupan, menunjukkan bakat mereka, dan berinteraksi dengan orang dari seluruh dunia. Bigo Live mempunyai sekitar 500 juta pengguna di lebih dari 150 buah negara dan kini merupakan peneraju pasaran dalam industri penstriman langsung. Dilancarkan pada Mac 2016, Bigo Live dimiliki oleh Bigo Technology, yang bertapak di Singapura.
SOURCE:

Bigo Live

CATEGORY:

Entertainment

PUBLISHED ON:

22 Jan 2025 10:15am

Past Press Releases

MORE
#Entertainment #Lifestyle

22 January 2025 10:15am HKT

Bigo Live's Global Community Marks a Year of Influence at Annual Gala

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW