Teknologi Air Canggih dari Jepun Menembusi Pasaran Asia: Pengesan Kebocoran secara Efisien Menggunakan Teknologi Pemetaan, Digunapakai oleh 20 Majlis Perbandaran di Jepun termasuk Tokyo



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 5 November 2024 - Jepun merupakan negara yang terkenal dengan teknologi air bertaraf dunia, kini menawarkan perkhidmatan berasaskan teknologi yang sedang mendapat perhatian. 'Tenchijin COMPASS KnoWaterleak' ialah perkhidmatan menggunakan teknologi pemetaan berasaskan awan atau 'cloud-based mapping' yang menyokong pengesanan kebocoran air dengan efisien. Perkhidmatan tersebut dibangunkan oleh Tenchijin Corporation, sebuah syarikat pemula tershor dalam bidang angkasa di bawah Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA). Sejak 2023, perkhidmatan tersebut telah telah diguna pakai secara meluas di lebih 20 bandar, termasuk ibu negara Jepun, Tokyo.

Tenchijin kini telah mengembangkan syarikat di rantau Asia Tenggara dan memilih Malaysia sebagai hab Asia, dengan pejabat terletak di Center of Garage Malaysia di Cyberjaya. Pada masa ini, Tenchijin giat berusaha untuk membina kerjasama dan mencari rakan strategik bagi mengembangkan perkhidmatan mereka di Malaysia.

Untuk sebarang pertanyaan daripada syarikat konsesi air atau entiti yang bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan pembekalan air Boleh hubungi Pengurus Pembangunan Perniagaan Asia: Keitaro Asaba menerusi emel: asia-t@tenchijin.co.jp

Diiktiraf oleh Agensi Penyelidikan dan Pembangunan Kebangsaan Jepun 'JAXA', keupayaan teknologi Tenchijin Corporation

Tenchijin Corporation ialah sebuah syarikat pemula yang diasaskan oleh jurutera berpengalaman, yang telah memimpin dalam bidang pembangunan satelit selama 20 tahun di Agensi Penyelidikan dan Pembangunan Kebangsaan Jepun, JAXA. Syarikat ini telah diiktiraf secara rasmi sebagai 'JAXA Venture', yang membolehkan mereka menjalankan perniagaan menggunakan harta intelek JAXA serta pengetahuan yang diperoleh dari hasil usaha penyelidikan JAXA. Tenchijin Corporation telah memenangi kira-kira 20 anugerah di Jepun dan juga peringkat antarabangsa, dan sehingga tahun 2024, syarikat ini menunjukkan perkembangan yang pesat dalam perniagaannya.

Tenchijin Menembusi Pasaran Malaysia: Dari Cyberjaya ke Seluruh Asia Tenggara

Dengan kerjasama syarikat Leave a Nest Malaysia, Tenchijin telah menubuhkan pejabat di Centre of Garage, Cyberjaya. Tenchijin kini giat mengembangkan perniagaan, termasuk mengadakan pertemuan dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), dan merancang untuk memperluaskan teknologi perkhidmatan mereka ke seluruh Asia Tenggara, dengan Malaysia sebagai hub Asia

Tenchijin COMPASS KnoWaterleak: Solusi Pemetaan Inovatif untuk Pengesanan Kebocoran Air

Tenchijin COMPASS KnoWaterleak ialah perkhidmatan menggunakan teknologi pemetaan berasaskan awan atau 'cloud-based mapping'. Teknologi tersebut mengimplementasikan data satelit dan teknologi AI untuk membantu kecekapan pengesanan kebocoran paip air. Penganalisis data yang diperoleh daripada satelit, data terbuka, serta data akaun bekalan air dan pelan paip yang didigitalkan, dapat menentukan kawasan yang berisiko tinggi yang mengalami kebocoran dengan ketepatan blok 100 meter persegi. Dengan paparan antara muka yang intuitif dan mudah dikendalikan, risiko kebocoran serta hasil pengesahan di lapangan dapat dilakukan dalam satu platform. Pengguna boleh memantau data dalam masa sebenar pengesanan kebocoran dengan pantas, serta merancang baik pulih dengan lebih efektif.

Dengan mendaftarkan dan menguruskan lokasi kebocoran secara harian melalui perkhidmatan ini, AI boleh menilai semula risiko kebocoran berdasarkan data kebocoran yang dikumpul.Ini dapat membantu meningkatkan lagi ketepatan analisis. Eksperimen demonstrasi atau bukti konsep telah dilakukan bersama kerajaan Jepun pada tahun 2022 dan hasil maklum balas dengan pihak berkuasa tempatan menujukkan bahwa , kos perkhidmatan dijagkan dapat dikurangkan sebanyak 65% dan tempoh analisis ditingkatkan sebanyak 85%.

Teknologi daripada syarikat Tenchijin telah diberikan Anugerah oleh Menteri Kesihatan dalam 'Anugerah Penyelenggaraan Infrastruktur ke-7,' yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan, Kementerian Infrastruktur, dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Jepun. Dengan tahap kepercayaannya yang tinggi, teknologi ini telah diperkenalkan dengan dalam kalangan majlis perbandaran di Jepun.






Hashtag: #Space #Sustainability #Water

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
SOURCE:

Tenchijin, Inc.

CATEGORY:

Technology

READ IN:

English

PUBLISHED ON:

05 Nov 2024 09:00am

Past Press Releases

MORE

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW