97% Shopee Affiliate Terus Menyokong Perniagaan Tempatan
Tinjauan mendapati 85% Shopee Affiliate lebih kerap mempromosikan jenama tempatan, dengan kadar penglibatan penonton tempatan yang tinggi sebagai kunci kejayaan
KUALA LUMPUR, MALAYSIA -
Media OutReach Newswire - 18 November 2024 - Keseronokan membeli-belah 11.11 masih dirasai pembeli-belah dan penjual tempatan, namun walaupun kempen ini sudah tamat, ahli Shopee Affiliate masih terus memacu penglibatan pengguna terhadap penjual tempatan seluruh Malaysia. Tinjauan mendapati
97% ahli
affiliate menunjukkan minat yang kuat untuk menyokong penjual tempatan. Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai ikatan yang kuat dengan penjual tempatan, mengiktiraf nilai unik, keaslian, dan pengekalan budaya mereka. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam tentang bagaimana ahli Shopee Affiliate menyumbang kepada kejayaan penjual tempatan, Shopee telah menjalankan tinjauan bagi memahami pengalaman dan perspektif unik mereka.
Lebih 85% ahli Shopee Affiliate menyatakan bahawa mereka lebih kerap mempromosikan jenama tempatan berbanding jenama antarabangsa, dengan mendedikasikan sebahagian besar usaha mereka untuk menyokong produk tempatan. Dengan mempromosikan jenama Malaysia, ahli
affiliate juga menyokong pertumbuhan perniagaan kecil dan menyumbang kepada ekonomi tempatan, sekali gus meningkatkan daya tarikan kerjasama ahli
affiliate dan penjual tempatan ini.
Majoriti ahli Shopee Affiliate menyatakan bahawa
penglibatan yang lebih tinggi (34%) dan akses kepada penonton yang lebih luas (24%) adalah faktor utama kejayaan mereka dalam memacu jualan untuk penjual Shopee. Kerjasama yang saling menguntungkan ini membolehkan penjual tempatan memanfaatkan hubungan kukuh ahli
affiliate dengan pengikut mereka lalu meningkatkan penglibatan dan memperluas kecapaian pelanggan. Pendekatan ini meningkatkan keterlihatan jenama tempatan sambil membina kepercayaan dan kredibiliti untuk penjual tempatan—manfaat yang sukar dicapai dengan cara pengiklanan tradisional. Ahli Shopee Affiliate memperkuatkan kelebihan ini dengan berstrim langsung di
Shopee Live dan kandungan video pendek menerusi
Shopee Video.
Jenama pakaian sukan tempatan ELGINI Malaysia adalah antara penjual tempatan cemerlang semasa Shopee 11.11 Jualan Hebat, dengan peningkatan jualan lebih daripada 115% semasa hari kemuncak 11.11 berbanding hari biasa. Pengasas Elgini, Lim Chong Soo mengakui sumbangan ahli Shopee Affiliate terhadap kejayaan mereka. "Elgini telah bekerjasama dengan Shopee Affiliate sejak September 2024, dan amat berpuas hati dengan sumbangan mereka terhadap kejayaan 11.11 kami," kata Lim. "Sokongan mereka sangat berharga dalam membina kredibiliti kami dan memperluaskan kecapaian pelanggan kami. 20% jualan kami semasa kempen 11.11 adalah dengan usahasama Shopee Affiliate yang menghubungkan kami dengan pelanggan melalui cara yang tidak pernah kami jangkakan sebelum ini."
Kategori Kesihatan dan Kecantikan merupakan kategori jualan terbaik pada 11.11 tahun ini. The Raw, sebuah jenama penjagaan kulit tempatan adalah antara penjual cemerlang kategori ini yang menyaksikan peningkatan jualan lebih empat kali ganda pada 11.11. Pengasasnya, Adibah Mazlan, menganggap Shopee Affiliate sebagai salah satu pemacu utama pertumbuhan jualan The Raw. "Pengalaman menggunakan khidmat Shopee Affiliate sejak September 2024 telah membuka peluang perniagaan baharu buat kami. Dengan Shopee Affiliate, kami boleh berhubung dengan pelanggan baharu dari seluruh negara, termasuk pasaran yang tidak pernah kami sangka boleh tembusi. Kami pasti akan terus bekerjasama dengan Shopee Affiliate."
"Ahli Shopee Affiliate terus memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan perniagaan tempatan dengan mempromosikan jenama tempatan secara konsisten kepada pengguna seluruh negara. Kami tetap komited untuk memperkasakan perniagaan tempatan dan ahli
affiliate dengan menyediakan alat dan sumber perniagaan penting agar mereka mendapat manfaat sepenuhnya dalam ekosistem e-dagang ini. Program Shopee Affiliate juga merupakan pintu kejayaan keusahawanan untuk pencipta kandungan, terutamanya dari kawasan luar bandar. Selain peluang kewangan, program ini juga membekalkan individu dengan kemahiran digital lalu menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan dan memupuk daya kendiri," kata
Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.
Tinjauan juga mendedahkan produk
Rumah dan Gaya Hidup (46%) adalah yang paling popular di kalangan pembeli Malaysia, diikuti dengan
Kecantikan dan Penjagaan Diri (24%) dan Fesyen dan Aksesori (20%). Ahli affiliate menekankan bahawa produk-produk ini sangat berkesan dengan pengguna Malaysia kerana daya tarikannya yang meluas dan permintaan yang konsisten. Barangan seperti perkakas dapur, hiasan, dan produk organisasi yang memenuhi keperluan harian, mendorong penglibatan dan penukaran yang lebih tinggi dengan menawarkan penyelesaian penting dan serbaguna untuk penonton yang lebih luas.
48% ahli affiliate menekankan bahawa Kualiti dan Kebolehpercayaan adalah faktor utama dalam memilih jenama atau produk tempatan untuk dipromosikan. Mereka menekankan bahawa menyokong produk yang boleh dipercayai membantu mereka membina kepercayaan dengan penonton mereka dan meningkatkan kredibiliti penjual dan kepuasan pelanggan. Selanjutnya, memperkukuhkan hubungan antara ahli affiliate dan jenama tempatan di mana ahli affiliate mudah menyediakan cadangan yang lebih autentik dan berkesan untuk membantu pembeli membuat keputusan pembelian yang lebih bijak.
Responden mendapati Program Shopee Affiliate melalui pelbagai saluran seperti
media sosial, laman web rasmi Shopee dan program Referral Star Shopee Affiliate, yang memberi ganjaran kepada ahli affiliate dengan komisen 15% bagi setiap rujukan. Ahli
affiliate juga mengetengahkan bahawa kadar komisen yang kompetitif dan promosi eksklusif menambahkan motivasi mereka untuk mempromosikan produk secara efektif, meningkatkan kesedaran jenama dan seterusnya membantu mereka berjaya sebagai Shopee Affiliate.
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.