Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.
Shopee Affiliates Pacu Kejayaan Jenama: Satu Juta Video Dihasilkan & Pertumbuhan 4X Strim Langsung Semasa 10.10 Festival Jenama
- Penjual Shopee Mall baharu meningkat 36 kali ganda dan pesanan naik 13 kali ganda pada 10.10
- Rakyat Malaysia Jimat Lebih RM70 Juta dengan 25 Juta+ Baucar Shopee Live Dituntut
KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 14 Oktober 2024 - Shopee Affiliates memainkan peranan penting dalam memacu kejayaan jenama dengan menghasilkan hampir satu juta Shopee Video semasa Shopee 10.10 Festival Jenama—peningkatan 34 kali ganda berbanding hari biasa, yang menyumbang kepada pertumbuhan jualan keseluruhan penjual Shopee Mall di platform tersebut. Secara keseluruhan, jenama baharu dan sedia ada di Shopee Mall mengalami peningkatan sehingga 8 kali ganda dan kenaikan pesanan sebanyak 6 kali ganda berbanding hari biasa, di mana Shopee Affiliates sentiasa membantu jenama tempatan berkembang melalui kandungan interaktif dan pengalaman membeli-belah berperibadi.
Jenama cemerlang yang diketengahkan oleh Shopee Affiliates termasuk SKINTIFIC, Glad2Glow, Panda Eyes, Dr. Cardin, dan Masdora berdasarkan jumlah pesanan.
Jenama baharu di Shopee Mall yang menyertai 10.10 Festival Jenama buat pertama kali menyaksikan jualan mereka meningkat 36 kali ganda berbanding hari biasa. Jenama-jenama ini juga mencatatkan kenaikan pesanan kempen sebanyak 13 kali ganda, hasil daripada komitmen Shopee melalui program Dijamin Harga Terendah, promosi eksklusif, dan keterlihatan jenama hebat melalui ciri-ciri dalam aplikasi Shopee, seperti Shopee Live dan Shopee Video, serta sokongan daripada Shopee Affiliates.
"Pada 10.10 ini, Shopee Live telah membuktikan keupayaannya sebagai hab strategik untuk penjual berinteraksi lebih baik dengan pengguna, dengan peningkatan 2X jenama yang berstrim langsung semasa 10.10 berbanding hari biasa. Lebih 25 juta baucar Shopee Live dan lebih 21 juta Syiling Shopee telah dituntut sepanjang tempoh kempen, hasil daripada peningkatan penglibatan pengguna semasa strim langsung. Kami juga bersuka cita nmemaklumkan bahawa Shopee telah membantu rakyat Malaysia berjimat lebih RM70 juta melalui baucar menarik di platform dan seluruh kedai Shopee," kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.
Shopee turut menyaksikan minat pengguna yang semakin meningkat terhadap produk fesyen wanita dan kecantikan, dengan kategori Kesihatan & Kecantikan, Rumah & Gaya Hidup, serta Barang Runcit & Haiwan Peliharaan mendahului dari segi perbelanjaan pada 10.10 ini. Kategori produk utama termasuk produk penjagaan kulit, alatan penambahbaikan rumah, dan suplemen, manakala carian teratas merangkumi power bank, sandal, blaus, selipar, dan aksesori telefon bimbit.
Shopee 10.10 Festival Jenama sekali lagi menekankan komitmennya untuk memperkasakan jenama dan memacu pertumbuhan jualan yang ketara. Kempen ini menyediakan platform dinamik untuk jenama tempatan dan antarabangsa untuk berhubung langsung dengan pengguna, mempamerkan produk mereka, dan memaksimumkan kecapaian pelanggan. Shopee berdedikasi untuk membina ekosistem e-dagang yang berdaya maju di Malaysia, menyokong pertumbuhan jenama dan meningkatkan pengalaman membeli-belah keseluruhan untuk pengguna.
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.

Mengenai Shopee
SOURCE:
Shopee
CATEGORY:
Retail
READ IN:
PUBLISHED ON:
14 Oct 2024 05:55pm
Past Press Releases
MORE
#Retail
#Lifestyle
25 February 2025 10:30am HKT
Shopee Empowers 900 Affiliates, Set to Shape Ramadan Raya 2025 Shopping Trends
#Retail
#Lifestyle
21 February 2025 2:15pm HKT