Penjual Shopee Live Malaysia Catat Peningkatan Jualan 6.5 Kali Ganda pada 9.9 Hari Pembelian Hebat



Hampir 100 Juta Interaksi Pengguna Pacu Kejayaan Shopee Live

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 11 September 2024 - Shopee Live telah menjadi alat perniagaan penting buat penjual tempatan yang memacu peningkatan jualan lebih daripada 6.5 kali ganda pada 9.9 Hari Pembelian Hebat berbanding hari biasa. Peningkatan ini dipacu oleh lonjakan trafik pengguna baharu dan tempoh keterlibatan pengguna yang lebih lama - dimana lebih ramai pengguna menyaksikan strim langsung berinteraktif dan menikmati diskaun eksklusif. Dengan aktiviti keterlibatan pengguna yang lebih kukuh, Shopee Live mentransformasikan pengalaman membeli-belah dan membawakan hasil ketara buat penjual.

Infografik:Penjual Shopee Live Malaysia Catat Peningkatan Jualan 6.5 Kali Ganda pada 9.9 Hari Pembelian Hebat
Infografik: Penjual Shopee Live Malaysia Catat Peningkatan Jualan 6.5 Kali Ganda pada 9.9 Hari Pembelian Hebat

Selain meningkatkan jualan, Shopee Live juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan keterlibatan pengguna di mana 9.9 menarik hampir 100 juta interaksi pengguna dengan pengacara strim langsung yang menghiburkan, rancangan permainan, dan tawaran eksklusif. Ini menunjukkan peranan kukuh Shopee Live yang menghubungkan penjual dengan audiens dengan pengalaman membeli-belah dinamik dan menghiburkan lalu memacu jualan. Antara penjual cemerlang Shopee Live berdasarkan jumlah pesanan adalah ELGINI Apparel, Momohouse, HYGR, Hollywood Motorsport, dan KL Pharmacy.

Penjual Malaysia yang menyertai kempen 9.9 buat pertama kali menyaksikan peningkatan jualan sepuluh kali ganda berbanding hari biasa. Ini menunjukkan komitmen Shopee dalam menyokong usahawan tempatan dan memperkasakan mereka untuk mencapai audiens yang lebih luas, meningkatkan jualan, dan mencapai pertumbuhan ketara dalam pasaran digital.

"Shopee menyaksikan usahawan tempatan mencatat peningkatan jualan lebih daripada 4 kali ganda melalui kempen 9.9 tahun ini. Peningkatan ini dipacu oleh permintaan kukuh terhadap pelbagai kategori produk. Kategori Kesihatan & Kecantikan, Rumah & Gaya Hidup, serta Barangan Runcit & Haiwan Peliharaan muncul sebagai kategori teratas, dengan produk popular termasuk alat solek, termos keluli tahan karat, jersi Muslimah, powerbank, dan masker penjagaan kulit. Trend ini mengetengahkan kepelbagaian keutamaan membeli-belah pengguna Malaysia," kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.

Walaupun Lembah Klang kekal sebagai pasaran utama, Shopee juga menyaksikan peningkatan keterlibatan pengguna dari kawasan lain. Lima bandar utama di luar Lembah Klang yang cemerlang berdasarkan jumlah pesanan pada 9.9 Hari Pembelian Hebat adalah Johor Bahru, Kinta, Seremban, Kuantan, dan Melaka Tengah. Keterlibatan yang meluas ini mencerminkan komitmen platform dalam membantu perniagaan tempatan mengembangkan jangkauan mereka ke seluruh negara.

9.9 Hari Pembelian Hebat Shopee membuktikan keupayaan platform ini untuk memperkasakan perniagaan tempatan dan memacu pertumbuhan jualan. Shopee kekal komited untuk memperkasakan penjual tempatan dan memupuk ekosistem e-dagang yang berkembang maju di Malaysia.



Hashtag: #Shopee #ShopeeMY #ShopeeMalaysia #Shopee99

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Shopee
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

SOURCE:

Shopee Malaysia

CATEGORY:

Retail

READ IN:

English

PUBLISHED ON:

11 Sep 2024 06:00pm

Past Press Releases

MORE
#Retail #Lifestyle

21 February 2025 2:15pm HKT

Celebrate Ramadan with Shopee with Exclusive Deals and Rewards

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW